Saturday, 31 December 2016

UNIVERSITI YANG MENAWARKAN KOS PHYSIOTHERAPY

Bagi anda yang ingin menjadi atau bercita-cita untuk menjadi physiotherapist, terdapat beberapa universiti yang menawarkan kos dalam physiotherapy. Antara university yang menawarkan kos physiotherapy adalah seperti berikut :
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • MAHSA University
  • KPJ Health Care University College
  • International Islamic University Malaysia (IIUM)
  • Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)



Saturday, 24 December 2016

Apa itu Physiotherapy

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ... 😊😊😊
 PHYSIOTHERAPY ~~~~ apa tu ??? ðŸ‘€
Kebanyakan orang sebenarnya masih tidak tahu lagi tentang physiotherapy. Ada juga yang tidak tahu bahawa kos physiotherapy banyak ditawarkan di universiti-universiti di Malaysia, malah ada jugak yang tidak tahu kewujudan tentang pekerjaan physiotherapy.

Jadi, adakah anda tahu apa itu Physiotherapy atau juga dikenali sebagai Physical Therapy?? Kalau tak tahu teruskan membaca info di bawah ini.

Physiotherapy adalah cabang perubatan pemulihan yang bertujuan untuk membantu pesakit mengekalkan, memulihkan atau meningkatkan kebolehan fizikal mereka. Physiotherapy juga bermakna rawatan sakit, penyakit atau kecederaan melalui fizikal. Ini bermakna bahawa fisioterapi memainkan peranan penting dalam membolehkan seseorang untuk meningkatkan kesihatan mereka. Physiotherapy merawat pesakit pelbagai umur dari bayi hinggalah usia tua.