Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera ... 😊😊😊
PHYSIOTHERAPY
~~~~ apa tu ??? 👀
Kebanyakan
orang sebenarnya masih tidak tahu lagi tentang physiotherapy. Ada
juga yang tidak tahu bahawa kos physiotherapy banyak ditawarkan di
universiti-universiti di Malaysia, malah ada jugak yang tidak tahu
kewujudan tentang pekerjaan physiotherapy.
Jadi,
adakah anda tahu apa itu Physiotherapy atau juga dikenali sebagai
Physical Therapy?? Kalau tak tahu teruskan membaca info di bawah ini.
Physiotherapy
adalah cabang perubatan pemulihan yang bertujuan untuk membantu
pesakit mengekalkan, memulihkan atau meningkatkan kebolehan fizikal
mereka. Physiotherapy juga bermakna rawatan sakit, penyakit atau
kecederaan melalui fizikal. Ini bermakna bahawa fisioterapi memainkan
peranan penting dalam membolehkan seseorang untuk meningkatkan
kesihatan mereka. Physiotherapy merawat pesakit pelbagai umur dari
bayi hinggalah usia tua.
Ramai
orang menyangka physiotherapy hanya merawat pesakit seperti patah
tulang. Sebenarnya banyak lagi bidang dalam profeion physiotherapy
ini. Antaranya :
- Neurology ( contoh : strok)
- Geriatric ( contoh : osteoporosis)
- Sports injury (kecederaan sukan)
- Ortopedic ( contoh : arthritis – keradangan sendi)
- Kesihatan mental
- Woman Health (kesihatan wanita)
- Paediatric (kanak-kanak)
sports injury
paediatric
Peluang
pekerjaan physiotherapy bukan sahaja ditawarkan di hospital malah
banyak lagi tempat bagi pekerjaan ini. Antaranya :
- kelab sukan profesional
- klinik sukan
- gimnasium
- sekolah
- pusat rekreasi

Imput bermanfaat
ReplyDeleteterima kasih😁
Delete