Saturday, 24 December 2016

Apa itu Physiotherapy

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ... 😊😊😊
 PHYSIOTHERAPY ~~~~ apa tu ??? 👀
Kebanyakan orang sebenarnya masih tidak tahu lagi tentang physiotherapy. Ada juga yang tidak tahu bahawa kos physiotherapy banyak ditawarkan di universiti-universiti di Malaysia, malah ada jugak yang tidak tahu kewujudan tentang pekerjaan physiotherapy.

Jadi, adakah anda tahu apa itu Physiotherapy atau juga dikenali sebagai Physical Therapy?? Kalau tak tahu teruskan membaca info di bawah ini.

Physiotherapy adalah cabang perubatan pemulihan yang bertujuan untuk membantu pesakit mengekalkan, memulihkan atau meningkatkan kebolehan fizikal mereka. Physiotherapy juga bermakna rawatan sakit, penyakit atau kecederaan melalui fizikal. Ini bermakna bahawa fisioterapi memainkan peranan penting dalam membolehkan seseorang untuk meningkatkan kesihatan mereka. Physiotherapy merawat pesakit pelbagai umur dari bayi hinggalah usia tua.



Ramai orang menyangka physiotherapy hanya merawat pesakit seperti patah tulang. Sebenarnya banyak lagi bidang dalam profeion physiotherapy ini. Antaranya :

  • Neurology ( contoh : strok)
  • Geriatric ( contoh : osteoporosis)
  • Sports injury (kecederaan sukan)
  • Ortopedic ( contoh : arthritis – keradangan sendi)
  • Kesihatan mental
  • Woman Health (kesihatan wanita)
  • Paediatric (kanak-kanak)

sports injury


paediatric 

Peluang pekerjaan physiotherapy bukan sahaja ditawarkan di hospital malah banyak lagi tempat bagi pekerjaan ini. Antaranya :
  • kelab sukan profesional
  • klinik sukan
  • gimnasium
  • sekolah
  • pusat rekreasi














2 comments: